Usahawan Minyak Kelapa Dara

Usahawan Minyak Kelapa Dara

Saya Sahrizal Bin Mohd Noh, selaku pengurus pemasaran untuk syarikat SMN Natural Products Plt.

Saya bermula secara kecil kecilan dengan membeli dan mengedarkan minyak kelapa dara di malaysia . Aktif didalam bidang pembekalan minyak kelapa dara di Malaysia semenjak dari tahun 2008.

Bermula menjual secara kecil kecilan di rumah dan melalui medium pemasaran online ,kini saya mengorak langkah lebih jauh dengan adanya kedai pejabat untuk segala urusan jualan dan aktiviti syarikat.

Pelbagai produk yang telah terhasil dari inovasi dan kreativiti pengusaha yang menghasilkan produk berasaskan minyak kelapa dara. 

Kepakaran saya adalah membantu anda hidup lebih sihat dengan penggunaan minyak kelapa dara tanpa menggunakan bahan kimia dan diproses dengan menggunakan sumber alam semulajadi. 

Saya telah membantu ramai pengusaha-pengusaha di Malaysia yang menghadapi kesukaran terutamanya yang ingin mendapatkan bekalan minyak kelapa dara di pasaran Malaysia khususnya. Ini kerana bekalan di malaysia tidak mencukupi dan agak mahal berbanding dari luar negara. Apa yang saya boleh bantu disini adalah jaminan yang di berikan adalah tentang harga yang kompetitif, berkualiti dan terjamin halal. 

Kami memberikan anda Hidup sihat dengan teknologi dari sumber alam semula jadi. Gunakan anugerah yang Allah berikan kepada semua kehidupan di dunia ini sebaiknya.

Ini adalah serba sedikit profile saya sebagai penulis usahawan minyak kelapa dara  di dalam web ini.


Selamat membaca.

profile penulis minyak kelapa dara

2 Comment

  1. Suzaini Bin Sulaiman says: Reply

    Salam,
    Saya berminat untuk menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan minyak kelapa dara di sekitar PutrajayaBandar Baru Bangi/Kajang. Boleh saya dapatkan informasi berkenaan pembelian secara borong.

    Terima kasih.

    1. Waalaikumsalam,

      Mohon whatsapp saya di talian 012-7267647 , info saya akan berikan secara detail.

      Terima kasih

Leave a Reply