Soal Jawab Tentang Minyak Kelapa Dara

1. Adakah Minyak Kelapa Dara selamat di minum atau di sapu ?

Jawapan : Umum mengetahui minyak kelapa dara adalah proses dari olahan santan kelapa tua yang telah di peram selama 24 jam. Minyak kelapa dara yang terhasil dari peraman selama 24 jam itu selamat untuk di minum atau di sapu kerana ia nya tidak mengandungi apa apa bahan kimia di samping ia nya bagus untuk di amalkan setiap hari.

2. Adakah Minyak Kelapa Dara itu Ubat atau Makanan ?

Jawapan : Secara Am nya Minyak Kelapa Dara adalah tergolong di dalam kelas makanan. Allah telah menjadi kan setiap tumbuh tumbuhan yang hidup di muka bumi ini adalah penawar setiap penyakit, kecuali mati. Dan Minyak Kelapa Dara adalah kurniaan Allah yang tidak terhingga nilai nya, sehingga ianya di gunakan secara meluas di negara-negara eropah.

3. Kenapa harus guna Minyak kelapa Dara ?

Jawapan : Kajian Oleh Dr Bruce Fife mendapati sejenis Lemak di panggil ” MONOLAURIN ” adalah kandungan yang sama di dalam susu ibu. Tidak hairanlah mengapa negara barat telah banyak menggunakan minyak kelapa dara secara komersial.

4. Boleh ke Minyak Kelapa Dara di gunakan untuk memasak ?

Jawapan : Minyak kelapa dara sesuai di gunakan untuk memasak, minun dan sapu . Oleh kerana itu Minyak Kelapa Dara di panggil ” The Healthier Oil In The World ” .

5. Apa beza nya Minyak Kelapa Dara dan Minyak Kelapa ?

Jawapan : Minyak kelapa dara adalah proses pemeraman santan selama 24 jam . Setelah di simpan akan tehasil 3 lapisan yang meliputi air, minyak kelapa dara dan hampas. Berbeza minyak kelapa di masak menggunakan santan untuk menghasilkannya.

6. Boleh ke Minyak kelapa Dara di buat Sabun , minyak urut ?

Jawapan : Minyak kelapa dara adalah bahan asas di dalam pemprosessan sabun dan minyak urut, malah ianya telah meluas penggunaan nya terutamanya di dalam bidang kecantikan.

7. Berapa banyak saya harus gunakan sehari ?

Jawapan : Di galakkan dewasa 2 hingga 4 sudu sehari, dan kanak kanak 1 hingga 2 sudu sehari.

 

Maklumat di dalam web ini hanyalah untuk tujuan maklumat sahaja. Maklumat di sini tiada kena mengena dengan rawatan sesetengah penyakit, segala penggunaan minyak kelapa dara hendaklah mendapat nasihat dari pakar perubatan. 

 

 

Leave a Reply